Sunday, January 31, 2010

BILA NAFSU MENGUASAI !!!!!!!!

assalamualaikum sahabat sekalian.....

dalam bulan ini ada 2 beri ta yg menbuatkan sy mendidih darah...pertama kisah pelajar kolej agama di tangkap khalwat..ayuh ikuti kisah ini... Hubungan sepasang pelajar jurusan Alquran, Sunnah dan Syariah dari sebuah kolej agama swasta di Selangor yg menginap di sebuah hotel di Seremban terbongkar apabila dicekup oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS). Mereka ditahan pd pukul 1.30 pagi. Selepas pintu dibuka kelihatan seorang perempuan berbaju T labuh paras lutut di dalam bilik itu. Dia (perempuan) mengatakan berseorangan tetapi bila diperiksa, pegawai JAINS menjumpai seorang lelaki bogel bersembunyi dalam tandas. Menurut pasangan tersebut, mereka terpaksa bermalam disitu kerana tiada wang untuk pulang ke kolej selepas datang ke perpustakaan disini....

berita itu mmg cukop membuat kan darah sy mendidih..sy xmarah sgt klu bdak2 yg mmg jahil ttg agama wt hal..tp sy rs termamat marah pada bdak agama yg wt hal..seolah-olah agama yg mereka blaja slama ini hanya lah 1 title utk mendapatkan gelaran sbgai garudn IPT atau sekadar hendak dpat pujian dn nama dari penduduk kampung kerana belajar agama tinggi....aaaarrrrgggghhhhh...mane letak nyer ilmu agama yg selama nie mereka pelajari??? bkan niat sy utk menyingung sesiapa disini..tp kebanyakan shbt sy yg blaja agama ckap ndai niat ikhlas krn Allah di boleh kan bercinta ape sume..yg penting niat kiter kerana Allah....aaarrrrgggghhhh...persetan dgn sume tu...yg haram tetap haram...xkan nyer bnda tu jd halal hnya kerana niat..klu g2 rmai la yg dpt masok syurga..merompak,membunuh,merogol dan berzina kerana Allah????? mmg teramat bodoh insan sedemikian..klu mcm tu boleh la sesiapa yg ada makwe klu nk kuar p pasar malam niat "sahaja aku kuar ke pasar malam dengan si dia berpimpin tangan keran Allah"..... sedar lah wahai sahabat..ilmu agama yg anda peroleh bukan nyer utk menghalalkan segala tindakan kiter di dunia nie dn bkan jugak utk beri kefahaman songsang pd shbt di luar....sy bukan pelajar aliran agama pun boleh faham sume nie..ape sebanar nyer niat anda wt sume nie??nk puaskan nafsu sendiri??dn dlm masa sama melarang org lain berbuat demikian??dh la...fkir la gne akal yg Allah dh beri pada kiter...skrng tgk...kau dapat malu,mak ayah kau dapat malu,sedara ko dpat malu,shbt2 ko dpt malu dn seluruh umat islam malu dgn perbuatan korang yg mengaku golongan celik agama..tp xubah mcm org yg jahil ttg agama...sudah la...xge klu stakat blaja agama tinggi2, hafal quran 30 juzuk, solat xtinggal,ilmu mengalahkan alim ulama...tp xde implikasi dlm hdup seharian...ilmu agama bukan hnya utk dipelajari whai sahabat...tp utk di praktikan dlm hdup seharian kiter..dn utk di smpaikan pd shbt kiter....klu shbt sekalian yg belajar agama tinggi2 pun tnjuk perngai g2..mcm mane plak dgn kami diluar yg mengharapkan agar kalian suatau hr nnt hdir dn membantu kami?????

itu 1 hal..nie plak lg 1 hal nyer...

KOTA BHARU: Akibat tidak tahan godaan syaitan, seorang ustaz didakwa tergamak menggoda seorang gadis bawah umur dengan tayangan video lucah melalui komputer riba miliknya.

Rangsangan video lucah terbabit menyebabkan ‘kekasihnya’ itu berahi sebelum mereka meneruskan adegan ‘panas’ dalam sebuah kereta di tempat sunyi.


Namun, adegan asmara itu hanya mampu bertahan beberapa minit apabila pasangan terbabit dicekup sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS).


Pasangan itu dicekup berkhalwat dalam sebuah kereta Kancil di Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, Tendong, dekat sini, petang kelmarin, Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, ustaz berusia lingkungan 30-an serta tidak diketahui status perkahwinan itu dikatakan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran beberapa kereta di belakang kenderaannya.


Namun, tindakannya untuk meloloskan diri gagal apabila kenderaannya berjaya dihalang kenderaan dinaiki ahli SRS itu menyebabkan dia ditahan bersama pelajar perempuan berusia 16 tahun.


Paling mengejutkan, ketika serbuan, ustaz terbabit yang dipercayai mengajar di sebuah sekolah menengah agama di sebuah daerah di negeri ini dikatakan dalam keadaan separuh bogel manakala pasangannya pula dalam keadaan kain terlondeh ke paras kaki.


Difahamkan sebelum kejadian, ustaz itu dikatakan baru menjemput pelajar berkenaan dari sekolahnya di Tumpat sebelum dibawa bersiar-siar dan singgah di kawasan sunyi berhampiran rumah usang tidak bernombor di tepi lebuh raya itu.


Difahamkan, kawasan itu sering dijadikan ‘markas maksiat’ beberapa pasangan kekasih. Sebaik memperkenalkan diri sebagai ahli SRS, ustaz terbabit merayu supaya dilepaskan memandangkan dirinya seorang guru, namun tidak diendahkan, sebaliknya terus dibawa ke pejabat agama negeri bersama pasangannya.


Sementara itu, seorang ahli SRS berkata, sebelum tangkapan dilakukan, dia berada di rumah dan terdengar siren jentera bomba menyebabkannya bergegas mengejar kenderaan pasukan penyelamat itu.


Namun hasratnya untuk mengetahui kejadian lanjut terbantut apabila tidak dapat mengejar jentera bomba yang dipandu agak laju sebelum terpandang sebuah kereta jenis Kancil menghala masuk ke kawasan sunyi yang terletak berhampiran Kada Tanjung Puri itu.


“Saya menghampiri kawasan itu sebelum mendapati kenderaan terbabit berada dalam keadaan mencurigakan dan terus menghubungi rakan-rakan lain.


Menurutnya, sebaik dihampiri, mereka terkejut apabila mendapati, sepasang kekasih berada dalam keadaan memalukan apabila lelaki separuh bogel manakala gadis itu pula cuba menutup pahanya dengan komputer. “Pasangan itu kemudian dibawa ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK),” katanya.


Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAHEAIK, Mohd Ab Aziz Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan dilakukan SRS terhadap pasangan terbabit.


Bagaimanapun butiran lanjut identiti sebenar individu yang ditangkap dalam kejadian itu belum diketahui ldan siasatan lanjut akan dijalankan terhadap pasangan berkenaan.


1 lg berita yg menyentap hati sy..mkin mendidih darah..geram yg termamat....ntah la..xtau ape n ckp...btl itu ujian dr Allah..Allah ujian dier dgn nafsu..tp mane ltak akal dn pertimbangan??mane letak ilmu agama yg di pelajari??mane ltak iman di hati???sakit hati sgt2...kdng2 kwn sy yg free hair dn xtau sgt ttg agama pun lbh baek dn lbh tau nk jg kesucian diri mereka....masih lagi sy ingt apabila sorang shbt mengadu pada sy yg bf nyer iaitu sorg lelaki yg mempunyai pendidikan agama tnggi krn pnah blaja agama di sudan dn kini mengambil deggre di sebuah kolej islam ternama di kelantan...shbt ckap bf dier bile kuar selalu pegang tangan..bila di tnya knp....laki tersebut ckp ustaz dier ajar boleh pegang tangan pakwe sbb nk test dl bkal isteri....bile shbt ckp haram plak laki nie marah dn ckp org yg xbalaja agama diam je.....makin sakit hati sy...kepala hotak dier boleh nk pegang2 tngan..yg haram tetap haram la brader...mane ilmu ntha yg dier blaja...myb dh rs ilmu tu tinggi sgt kot smpai boleh ckp g2...org yg xtau sgt pasal ilmu pun tau la ape yg harm dn ape yg halal...klu pegang kulit babi boleh samak lg..tp klu dh pegang wanita yg bkan muhrim boleh lg ke nk samak??samak la ko sorang2... cakap bangang kn marah..dh la shbt sekalian yg masih hanyut di buai dunia...xsemestinyer dgn ilmu agama yg tinggi korang dh perfect dn hebat dlm segala hal...sedarlah shbt ku...

sahabat ku...insaflah...berubahlah..bertaubatlah...ilmu bukan jaminan kita di syurga andai kita x amalkan dalam hidup seharian kiter....

p/s-mmg terasa ringan sgt tngan bile baca berita nie..shbt di luar sana yg masih belum rs nk berubah..jgn marah klu 1 hr nnt anda wt hal dn tbe2 ada cop body glove melekat kat muka anda..sy xkan berlembut dgn org sebegini..kluxnk fikir maruah diri..fkir maruah mak ayah,fikir maruah agama anda..harap maaf ndai entry kali nie ada menyinggung sesiapa dn terkasar bahasa...

Thursday, January 21, 2010

APA YG PERLU DILAKUKAN BILA BERLAKU KEMALANGAN???

assalamualaikum sahabat sekalian....sejak akhir-akhir nie banyak kemalangan yg berlaku...sjak ahad minggu nie 17.1 telah 4 kemalangan berlaku setakat yg sy tau dn stakat yg smpat sy bntu berlaku...klu xsilap sy 2 kemalangan membabitkan kematian...kebanyakan kemalangan adalah berpunca dari kecuaian diri sendir...dimanakah letak nyer iman kiter sewaktu di jalan raya???x mengapalah..bukan itu yg mahu di kupas disini...

tujuan posting di sy buat kerana sy kecewa..kecewa kerana bila berlaku kemalangan ramai yg lbh suke menonton dr membantu...sy bukan nyer mengharapkan org rmai memberi bantuan rawatan cemas..tp cukoplah sekadar bantuan menghubungi ambulans..nie x..bila kemalangan berlaku ramai yg lebih suke menonton..nk minta tlg angkat mangsa alih ketepi pun payah..kecewa sgt2 dgn ape yg berlaku...masih sy ingt 1 kemalangan yg berlaku di TOK BALI,PASIR PUTEH KELANTAN..apabila seorang org tua telah dilanggar oleh kereta dn menyebabkan tulang kaki patah dn terkeluar...rmai sgt yg tolong tengok..hinggakan sy minta tolong angkat mangsa ketepi pun xboleh..

Mungkin mereka ada sbb tersendiri xmau membantu...maybe ada yg takot darah...biarlah..jadi sini ingin sy kongsi beberapa tips yg boleh dilakukan bila berhadapan dgn kemalangan...


KEMALANGAN JALAN RAYA.
• Beri amaran kepada lalulintas.

- Letakkan tanda amaran tigasegi “red warning triangle” 90 meter dari tempat kejadian.
- Beri amaran kepada kereta yang lalulalang.

• Hubungi pihak Polis, Ambulans atau JabatanPertahanan Awam.

- Nyatakan tempat kejadian dan jumlah mangsa.
- Beritahu berapa orang yang tercedera.

• Tindakan yang patut diambil.

- Matikan enjin kereta untuk mengelakkan terjadinya letupan. (jika kereta tersebut terbakar, jarakkan diri).
- Tarik brek tangan kereta.
- Jangan merokok di tempat kemalangan. Dikhuatiri terdapat kebocoran tangki minyak.
- Periksa mangsa kalau sedar, tenangkan mangsa kalau sedar.
- Buat penilaian segera ke atas mangsa.
- Rawatlah mangsa dalam kedudukan yang anda temui mereka.
- Tunggu sehingga bantuan sampai.
- Hubungi 999 Pertahanan Awam.

* Jangan alihkkan mangsa kecuali betul-betul perlu. Dikhuatiri mangsa mengalami Konkusi (gegaran). Perbuatan mengalihkan mangsa boleh menambahkan risiko kecederaan mangsa.

Kalau anda tidak tahu apa yg perlu dilakukan..ikut lah tips yg telah sy kongsikan tadi..semoga lepas nie akan berkurang lah org yg tolong tengok time kemalangan...ndai keluarga anda atau anda sendiri terbabit dalam kemalangan dan org rmai hanya tolong tengok...APAKAH YANG AKAN ANDA RASA????????

tepuk dada,tanyalah iman..sama-sama kita fikirkan dan sama-sama kita kongsi tips ini..semoga tips ini akan berguna pada kita..

assalamualaikum....

Wednesday, January 6, 2010

love u so much....

tanggal 30.12.1989 lahirlah aku atas dunia nia...seorang yg msih suci...di besarkan dgn pnuh kasih sayang..walau dlama ketegsan yg kadang2 membuatkan hati ku memberontak..namun kini ku sedar bsar nya pengorbana mu wahai ma & abah....

30.12.2009....skali lagi aku menyambut ulang tahun kelahiran ku..aku xpanh menunggu sms ucapan dr abah & ma..tp aku yg terlebih dahulu menghantar ucapan pada mereka..pelikkan kn??hari lahir kita,kita plak yg hntar ucapan..namun,perlu kita ingt tanpa mereka mana mungkin kita akn menghirup udara segar dn memandang indah nya alam ciptaan Allah...

"ma..terima kasih kerana snggup bersusa payah demi am, walaupun tau hakikat sakit nya bersalin..namun ma tetap tabah demi melahirkan seorang anak yg pasti nya impian stiap ibu bapa untuk melihat anak yg soleh...ma, halalkan stiap titik susu yg am mnum slama nie...halalkan stiap kata-kata dn mkan mnum am..sesungguhnya ma lah yg terbaek buat am...terima kasih ma skali lagi kerana snggup bertarung nyawa pada tanggal 30.12 demi anak mu ini....buat abah, terima kasih juga am ucapkan kerana snggup berenat lelah demi memastikan am mendapat segala yang di perlukan...abah,stiap kali melihat abah bersusah payah mencari nafkah buat am dn adik2..stiap kali itu jgak lah am bertekad..1 hari nnt abah dn ma akn senyum gembira melihat ank yg selama ini telah ma dn abah curah j=kn sepenuh kasih sayang dn pengorbanan berjaya..insyallah abah,ma saat itu pasti berlaku...am sayang ma dn abah...."

itulah msg kata2 ku stiap kali tiba hari lahjir ku...sungguh tanpa mereka pasti hdup ku xbererti...

kami anak-anak mu
ingin memohon restu
wahai ibuku wahai ayahku
ampunkan dosa-dosa ku
wahai ibuku wahai ayahku
redhakan akan diriku

kuhulurkan salam untuk rasul junjungan
moga di syafaatkan

ya allahu ya rabbi
ya fatahu ya a'lim
ya rahmanhu ya rahim

ya allahu ya rabbi
ya fatahu ya a'lim
ya rahmanhu ya rahim

wahai tuhanku kasihi daku
kasih ibu dan ayahku
wahai tuhanku rahmati daku
rahmati ibu dan ayahku

selamatkan mereka dari azab neraka
dan bencana dunia
hubungkan mereka dengan talimu
amin ya rabbal'alamin
hubungkan mereka dengan talimu
amin ya rabbal'alamin

kuhulurkan salam untuk rasul junjungan
moga di syafaatkan

ya allahu ya rabbi
ya fatahu ya a'lim
ya rahmanhu ya rahim

ya allahu ya rabbi
ya fatahu ya a'lim
ya rahmanhu ya rahim

wahai tuhan limpahkan hidayahmu
untuk ayah dan ibuku
wahai tuhanku berkati daku
berkati ibu ayahku

sayangilah mereka seperti mana
mereka menyayangi ku
dan mengasihiku waktu kecil ku
tak terbalas budi jasanya
dan mengasihiku waktu kecil ku
tak terbalas budi jasanya

kuhulurkan salam untuk rasul junjungan
moga di syafaatkan

ya allahu ya rabbi
ya fatahu ya a'lim
ya rahmanhu ya rahim

ya allahu ya rabbi
ya fatahu ya a'lim
ya rahmanhu ya rahim

wahai ibuku wahai ayahku
didiklah anak-anakmu
moga menjadi penyejuk dimata
penawar resah hati mu

ampunkan segala ketelanjuranku
halalkan makan minumku
doakan semoga aku selamat dunia dan di akhirat
doakan semoga aku selamat dunia dan di akhirat

kuhulurkan salam untuk rasul junjungan
moga di syafaatkan

ya allahu ya rabbi
ya fatahu ya a'lim
ya rahmanhu ya rahim

ya allahu ya rabbi
ya fatahu ya a'lim
ya rahmanhu ya rahim

ma..abah..ampunkan dosa anak mu ini...

salam sayang..
azham