Thursday, September 20, 2012

Aku & Pertahanan awam....

Mengenang kembali kisah bagaimana aku boleh terjebak dalam pertahanan awam ni boleh membuatkan aku tersenyum sendiri... aku ingat lagi tahun 07... syarat uni kan biasa la student kne follow KOKO... pilih punye pilih aku ambik la Pertahanan awam... nak di jadikan cite time 1st perjumpaan pertahanan awam... sir yang handle tu cakap "cuti mid sem nanti korang sume xleh balik bercuti,korang kne p berkusus selama seminggu kt PULAPAU Baling"....ohhhhh noooooooo!!!!!! aku xsanggup....aku nak balik... kali pertama dok jauh dgn fmly homesick kot aku... aku pon termenung la mengenangkan nasib...tapi aku dah tekad, sememangnya tekad, monolog aku sendiri dalam hati "habis je meeting trus aku nk p jmp sir ni nk ckp aku x kuar JPA3(skrng dikenali dgn JPAM), baek aku msok rakan masjid,cuti blh blik...lg best" tapi dah takdir aku kot dalam pertahanan awam...tetiba je sir tu dengan muka yg cikit pon xberkerut(siyes gileeee) panggil aku p depan... cuak kot time tu... ingt kn dia nk mrah sbb aku buat donooo je time dia breefing... dia pon tnya nama,aku ckap la nama aku.. n then tetiba blh plak dia mention nama aku "ok,nie khairul azham...dia presiden baru pertahanan awam unit BMI" ...ohhhh tidakkkkkk,kenyataan yg amat memeritkan..hancur terus apa yg aku tekad kan dalam hati td... aku pon redha je la dgn apa yg jadi...xleh balik cuti la aku..... haaa...itu la kisah macam mane aku boleh join pertahanan awam nie yg sekarang lau di IPT di kenali sebagai SISPA...tapi aku betol-betol tak sangka...sekarang aku kekal dan berkhidmat dalam pertahanan awam...aku dan menjadi anggota ynag betol-betol aktif... inilah takdir sekarang biarlah aku mencurahkan segala bakti keringat agar hidup aku boleh memberi orang kesenangan dan khidmat serta berbakti pada masyarakat... biarlah orang lupa pada jasa dan budi yang telah aku taburkan... yang penting biarlah Allah nilai keikhlasan aku menghulur bantuan pada yang memerlukan...
glosari SISPA - Siswa/i Pertahanan Awam JPAM - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia BMI - British Malaysia Institute PULAPAU BALING - Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara Baling

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan....

Assalamualaikum... sudah lama tidak ku tarikan jari jemari mengukir secebis tinta sejak pemergian abah yang di cintai pada tanggal 12/9/2012... mungkin aku masih terkesan dengan pemergian abah yang pergi tanpa di duga... kalau mengikut kalendar islam sudah hampir setahun abah pergi meninggalkan aku dan keluarga...tapi aku bersyukur kami masih tabah menghadapi semua dugaan yang mendatang.. Ramadhan kali ini amat aku dambakan agar ia lebih baik, namun aku akur ia takkan semudah yang di dambakan kerana Allah telah berjanji akan menguji iman hamba nya... aku ingin menjadi seperti abah...Namun aku tahu aku masih tak sekuat abah... Ramadhan tahun lepas aku meluahkan hasrat pada abah untuk beljar membayar zakat sendiri dan abah sokong, aku tak sangka kali pertama aku membayar zakat dan itu beerti aku akan membayar zakat untuk aku dan keluarga ku buat selama nya... aku kering idea untuk meneruskan tinta... moga bersua lagi...