Showing posts with label info RES-Q 999. Show all posts
Showing posts with label info RES-Q 999. Show all posts

Thursday, January 21, 2010

APA YG PERLU DILAKUKAN BILA BERLAKU KEMALANGAN???

assalamualaikum sahabat sekalian....sejak akhir-akhir nie banyak kemalangan yg berlaku...sjak ahad minggu nie 17.1 telah 4 kemalangan berlaku setakat yg sy tau dn stakat yg smpat sy bntu berlaku...klu xsilap sy 2 kemalangan membabitkan kematian...kebanyakan kemalangan adalah berpunca dari kecuaian diri sendir...dimanakah letak nyer iman kiter sewaktu di jalan raya???x mengapalah..bukan itu yg mahu di kupas disini...

tujuan posting di sy buat kerana sy kecewa..kecewa kerana bila berlaku kemalangan ramai yg lbh suke menonton dr membantu...sy bukan nyer mengharapkan org rmai memberi bantuan rawatan cemas..tp cukoplah sekadar bantuan menghubungi ambulans..nie x..bila kemalangan berlaku ramai yg lebih suke menonton..nk minta tlg angkat mangsa alih ketepi pun payah..kecewa sgt2 dgn ape yg berlaku...masih sy ingt 1 kemalangan yg berlaku di TOK BALI,PASIR PUTEH KELANTAN..apabila seorang org tua telah dilanggar oleh kereta dn menyebabkan tulang kaki patah dn terkeluar...rmai sgt yg tolong tengok..hinggakan sy minta tolong angkat mangsa ketepi pun xboleh..

Mungkin mereka ada sbb tersendiri xmau membantu...maybe ada yg takot darah...biarlah..jadi sini ingin sy kongsi beberapa tips yg boleh dilakukan bila berhadapan dgn kemalangan...


KEMALANGAN JALAN RAYA.
• Beri amaran kepada lalulintas.

- Letakkan tanda amaran tigasegi “red warning triangle” 90 meter dari tempat kejadian.
- Beri amaran kepada kereta yang lalulalang.

• Hubungi pihak Polis, Ambulans atau JabatanPertahanan Awam.

- Nyatakan tempat kejadian dan jumlah mangsa.
- Beritahu berapa orang yang tercedera.

• Tindakan yang patut diambil.

- Matikan enjin kereta untuk mengelakkan terjadinya letupan. (jika kereta tersebut terbakar, jarakkan diri).
- Tarik brek tangan kereta.
- Jangan merokok di tempat kemalangan. Dikhuatiri terdapat kebocoran tangki minyak.
- Periksa mangsa kalau sedar, tenangkan mangsa kalau sedar.
- Buat penilaian segera ke atas mangsa.
- Rawatlah mangsa dalam kedudukan yang anda temui mereka.
- Tunggu sehingga bantuan sampai.
- Hubungi 999 Pertahanan Awam.

* Jangan alihkkan mangsa kecuali betul-betul perlu. Dikhuatiri mangsa mengalami Konkusi (gegaran). Perbuatan mengalihkan mangsa boleh menambahkan risiko kecederaan mangsa.

Kalau anda tidak tahu apa yg perlu dilakukan..ikut lah tips yg telah sy kongsikan tadi..semoga lepas nie akan berkurang lah org yg tolong tengok time kemalangan...ndai keluarga anda atau anda sendiri terbabit dalam kemalangan dan org rmai hanya tolong tengok...APAKAH YANG AKAN ANDA RASA????????

tepuk dada,tanyalah iman..sama-sama kita fikirkan dan sama-sama kita kongsi tips ini..semoga tips ini akan berguna pada kita..

assalamualaikum....

Saturday, December 5, 2009

CIVIL DEFENSE MALAYSIA

Perasmian Bangunan Pertahanan Awam Oleh Pesuruhjaya Tinggi British Jeneral Sir Gerald Templer

SEJARAH Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) melangkau tempoh 70 tahun apabila dimulakan Kerajaan British pada 1939 sebagai persiapan menghadapi Perang Dunia Kedua sebelum Ordinan Pertahanan Awam digubal menjadi undang-undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu pada 1951.
Pada hari ini 06.09.1952, Bangunan Jabatan Pertahanan Awam di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Jeneral Sir Gerald Templer. Bangunan i

tu dirasmikan berikutan penubuhan Jabatan Pertahanan Awam pada 24 Mac 1952 di bawah Ordinan Pertahanan Awam No. 28 tahun 1952.
Setahun kemudian, Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan ordinan, manakala pada 1957, Ordinan Pertahanan Awam 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan negara.

Fungsi Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Perse

kutuan sehingga diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia - Indonesia pada 1964.

Tahun berikutnya, jumlah keanggotaan ditambah menjadi 36,000 orang dengan 37 cawangan, selain kelengkapan logistik terbaru dan pada 1970 pula, satu kerahan tenaga anggota seluruh negara dibuat berikutan bencana banjir besar yang melanda.


Bagi membolehkan anggotanya berfungsi dengan lebih meluas, Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda pada 1972 yang membolehkan jabatan itu melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan.


Antara peristiwa penting membabitkan penggunaan tenaga anggota jabatan terbabit ialah tragedi Highlands Towers runtuh pada 1993 yang membawa kepada pengenalan nama ringkasnya sebagai JPA3 pada 1994 untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Penerbangan Awam.

Tahun lalu, JPA3 memperkenalkan slogan `Sedia, Pantas dan Berintegriti' - sebagai pemangkin yang menjadikan JPA3 ditadbir di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) sejak 2004 sebagai sebuah jabatan yang unggul.


Selaras fungsinya membantu menjaga negara dalam masa aman, peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil langkah menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam, JPA3 sememangnya amat penting kepada negara.

Dengan uniform yang segak, pasukan itu semakin mendapat perhatian masyarakat, terutama golongan muda yang mula menyertainya, sama ada secara sepenuh masa atau sebagai sukarelawan.

Selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, khidmat JPA3 bukan saja masih diperlukan, malah semakin penting.
Pada masa ini, katanya, jumlah keanggotaan tetap dan sukarelawan JPA3 mencecah kira-kira 58,000 orang, tetapi masih tidak mencukupi untuk digerakkan sepenuhnya bagi membantu negara berdepan ancaman seperti banjir.

TAKRIF PERTAHANAN AWAM

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.

SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepa

s sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

VISI
Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.


MISI
Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.

OBJEKTIF
Mengurangkan Risiko Akibat Bencana:-
» Latihan kepada Orang Awam
» Sistem Amaran Bencana
» Pusat-pusat Perlindungan


Respond Kepada Bencana :-
» Menubuhkan Pasukan-pasukan (First Responder)
» Perkhidmatan Kecemasan

Pemulihan.
» Pembersihan
» Pembangunan Semula
» Kaunseling


FUNGSI

Menubuh, mengurus dan menyenggara Angkatan Pertahanan Awam.

Merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan Bencana dan Kecemasan kepada orang awam.

Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.


Menyedia, mengurus dan menyenggara Pusat-pusat Pemindahan dan Sistem Amaran Bencana dan Keselamatan.

Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.


FOKUS STRATEGIK
Meningkat dan memperluas perkhidmatan kecemasan yang cekap, berkesan dan profesional.

Meningkat dan memperluas kerjasama dengan Agensi-agensi Kerajaan, Swasta, NGO, Kepimpinan Peringkat Negeri, Daerah dan Institusi-institusi Latihan dalam program-program Pertahanan Awam.

Mewujudkan program-program latihan yang seragam dan diiktiraf.


Mengadakan program-program latihan Pertahanan Awam yang berterusan kepada Anggota Angkatan Pertahanan Awam.

Mewujudkan sekumpulan jurulatih profesional yang mempunyai kemahiran-kemahiran khusus dalam pengurusan bencana (Menyelamat, Paramedik, Kebombaan dan Akuatik).

Merancang dan membina pejabat-pejabat baru di tempat yang strategik supaya perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.


Meningkatkan penggunaan ICT dalam Pengurusan Angkatan dan Bencana.

Mempromosikan Pertahanan Awam melalui media elektronik, media cetak dan aktiviti-aktiviti pertahanan awam bersama masyarakat.

Memperluas Perkhidmatan Pertahanan Awam daripada semasa kepada sebelum dan selepas bencana.


Melibatkan pegawai tetap dan anggota sukarela di dalam setiap aktiviti Pertahanan Awam.

MOTTO
SEDIA PANTAS BERINTEGRITI

NILAI DAN TERAS
Cekap dan Tepat

Berdisiplin dan Bertanggungjawab


Kerja Berpasukan/Angkatan

Berkhidmat Dengan Ikhlas