Wednesday, April 27, 2011

Kenangan Semalam

SEMALAM ADALAH SEMALAM...HARI INI ADALAH REALITI...

ungkapan yang sering kedengaran untuk menaikkan semangat agar mereka yang jatuh tidak menoleh kebelakang... tapi bagi aku, kenangan semalam adalah pencetus semangat... kenangan semalam banyak mengajar... kenangan semalam banyak ertinya.... kenangan semalam pencetus cahaya sanubari...

Aku lebih suka belajar dari kenangan semalam... dari menadah kitab atau mendengar celotehan orang.... kerana bagi aku, kenangan semalam adalah pengalaman... pengalaman yang merupakan "sifu" terbaik dalam diri ini.... kerana pahitnya pengalaman aku menjadi aku... kerana sakitnya kenangan lahir jiwa ini.... kerana manisnya kenangan ia terus terpahat di hatiiii....

Ya, kenangan semalam... memoir penuh indah walaupun pahit mendatang... pelbagai kenangan telah ku rasa... sedeh, kecewa, marah, gembira, sayu, pilu...itu semua menjadi warna hidup yang melahirkan aku....

Sekarang aku sedar betapa Allah sayangkan hambanya... setiap kenangan semalam walau betapa gelapnya jalan di lalui, walau sakitnya jiwa meronta mengharapkan pertolongan...namun ia terselit seribu kemanisan... manis yang takkan ada yang dapat merasanya melainkan mereka yang memandu diri dengan akal...bukan dengan hati...

aku pernah kecewa dalam hidup.... aku pernah menangis kerana perempuan yang belum tentu hak ku.... aku pernah terseksa kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti... namun aku tahu, Allah takkan beri pengalaman jika ia tidak ada manfaatnya...lalu aku cuba berfikir menjangkaui pemikiran logik... lantas aku menyedari, betapa Allah sayangkan aku dengan mengajar aku erti sebenar cinta, mengajar aku erti sebenar sebuah kehidupan, mengajar aku untuk mengenal destinasi cinta impian.... semua itu di ajar melalui pengalaman...kerana itu beruntunglah mereka yang selalu di uji, kerana di situ terletak kasih saynag Allah....

kenangan semalam di mrsm kota putra... tempat yang meniggalkan seribu kenangan... sejuta kisah di sebalik wajah-wajah yang membentuk imej mrsm kota putra....di sini lah aku belajar berdikari setelah terjadi masalah yang betol-betol menduga jiwa...mengongcangkan sanubari... mengentarkan segenap tubuh ku... di sini aku mengenal erti sebuah persahabatan.... di sini aku mengenal apa itu pengkhianatan... di sini aku mengerti apa yang di katakan kawan makan kawan...namun aku pasrah, kerana aku yakin semua itu kasih sayang Allah pada ku... di situ lah aku bangkit, belajar mencekalkan hati, belajar bagaimana untuk menghargai hidupnya insan, aku belajar untuk bangkit dari kegagalan, aku belajar untuk terus menapak dilorong kehidupan...

aku rindukan kenangan semalam... aku rindukan saat persekolahan... aku rindukan zaman itu...


aku dah tak mampu meneruskan tinta ini... mungkin kerana kepenatan yang melampau....walau apa pun akan aku kembali meneruskan kembali kisah kenangan semalam, jiwa aku meronta ingin di tintakan segala kenangan semalam...namun badan aku menyerah kepenatan....InsyaAllah jika aku masih di berikan umo yang panjang akan aku meneruskan tinta ini....

Assalamualaikum



3.34 pagi
27 april 2011
Pondok Pengawal MRSM KOTA PUTRA

1 comments:

  1. jadikan pengalaman semalam sebagai pembakar semangat untuk bangkit pada hari esok...
    biar lemah di sisi manusia,jgn mengalah di sisi Allah..
    & jgn pula lemah hanya kerana cinta dunia (wanita).
    siapapun wanita itu & macmnapun dia pd pandanganmu,doaknlah yg terbaik utk dirinya.kalau diizinkan,cerita kan la bagaimana mengenali si dia & bgaimana hubungan b'akhir bgitu shj...mungkin Allah nak didik kita supaya lebih terdahulu m'cintai Dia & b'sedia sblm memiliki si dia...wallahu a'lam.. ~mujahid Ilahi~

    ReplyDelete