Wednesday, January 5, 2011

Motivasi Diri Melalui Percaya Pada Diri Sendiri

Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" € ¦Ã saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.

1. Hindari Mencari-Cari Alasan

Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan sama sekali salah. Seperti :
- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imajinasi Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.

3. Jangan Takut Gagal
Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri
Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.

5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh
Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

Hidup yang tidak memiliki tujuan
jauh lebih menakutkan daripada
hidup yang tidak mencapai tujuan


segalanya bermula dalam diri kita sendiri... satu analogi yang begitu mudah....
"usah salahkan lantai licin jika diri sendiri tidak pandai menari"

Monday, January 3, 2011

Di SeBaLiK TiRaI BeSi PuSpEn


Telah lama aku tidak mengerakkan jari jemari ini bagi mencoret secebis tinta...akhirnya hari ini aku mengagahkan diri jua untuk menarikan jari ini menekan keyboard... Sedar tak sedar dah minggu ke 7 aku berada di PUSPEN BESUT...menjalani praktikum bagi memenuhi syarat graduasi... Aku tak sangka dalam aku menempuhi ahri-hari terakhir aku di PUSPEN, sebenarnya telah terlampau banyak cerita suka,duka dan pengalaman manusia aku dengari.... dalam post ini ingin aku berkongsi pengalaman sepanjang 8 minggu aku berada di PUSPEN...moga ia dapat memberi pengajaran dan iktibar pada kita....


Minggu 1
21.11-25.11


Hari pertama aku melangkah ke PUSPEN...tak ku sangka hadir kami telah di sambut dengan program di PUSPEN...program perjumpaan keluarga sempena hari raya...."hhhhhmmmmm,hari 1st dh ada prgram, bosan dok dewan dr pg ke ptg" keluh rakan seperjuangan...tapi apa yang ingin aku coretkan bukan berkenaan program...tapi pelbagai kisah manusia disebaliknya...

"assalamualaikum cik, minta kebenaran bawa ahli keluarga 8*/10 untuk berjumpa family" kata seorang POSISI...tertarik tuk mengetahui kisah penghuni 8*/10 yang baru di bawa turun dari kurungan @ DETOK, aku menyelidik lebih lanjut....tiba-tiba aku terdengar keluhan seorang ibu..seorang ibu yang datang dengan penuh harapan agar dapat berjumpa anaknya...ibu yang datang dengan penuh kasih sayang demi anaknya yang tercinta...ibu yang datang dengan penuh kemaafan untuk anaknya...namun aku tidak pasti sejauh mana anaknya sedar betapa kasih ibu selamanya kekal...rupa-rupanya makcik tadi merupakan ibu kepada pelatih 8*/10..

Sungguh tersentuh aku mendengar betapa cinta ibu tadi terhadap anaknya...si ibu penah di bawa menjalani rawatan di hospital gila, tapi bukan lah kerana ibu itu psiko...bukan kerana ibu itu hilang kewarasan...tapi hanya kerana si ibu terlalu merindui anaknya yang berada disebalik tirai jeriji besi...saban malam si ibu tidur tak lena mengenangkan si anak...betapa cintanya ibu tadi pada anak..namun anak??? langsung tiada kekesalan di wajah...malam si ibu hanya dibayangi memori dengan si anak..mulut si ibu tak lekang menyebut nama si anak...akhirnya si ibu di bawa ke hospital mental..kerana apa??? hanya kerana terlalu merindui dan menyayangi si anak...Adakah berdosa si ibu hanya kerana kasih sayangnya???? aku sendiri pun tidak megerti apa yg sebenarnya si anak dambakan... bila aku tanya si anak yang telah 15 tahun terlibat dengan dadah..nyata langsung tidak wajah kekesalan yang di tunjukkan... sedih mengenangkan si ibu... aku diberitahu bila si ibu datang melawat anaknya 2 minggu sebelum kehadiran kami, si ibu di khabarkan bahawa anaknya tidak boleh menerima pelawat kerana berada dalam sel kurungan..lantas di bilik komanden itu sendiri si ibu tadi meraung ibarat anak kecil minta dibelikan mainan...tanpa mempedulikan sekeliling, si ibu terus menangis terguling-guling di lantai bilik komanden...tak dapat aku bayangkan betapa berat derita yang di tanggung si ibu... Moga Allah perkuatkan hati si ibu menempuhi ranjau hidup ini...

Satu lagi kisah yang aku lihat...bila si isteri membawa anak-anak kecil melawat si ayah...namun saat yang menyentuh hati aku bila si ayah di arahkan kembali ke asrama...si kecil menangis di saat terpisah...si ayah mencium pp lembut si anak...lantas terlihat manik-manik kecil dimata si ayah....ada si anak yang sanggup berhutang hanya untuk datang melawat si ayah...ada isteri yang sanggup bergadai demi melihat seraut wajah suami...


itu hanya kisah di minggu pertama...minggu pertama sudah cukop memberikan aku seribu pengalaman dari kisah hidup manusia yang tersasar dari landasan... InsyaAllah akan aku ceritakan setiap pengalaman ayang aku lalui....moga perkongsian ini dapat kita musabah diri bersama.....









*Telah lama tidak ku mencoretkan tinta..maaf kerana tidak pandai ku mengatur kata-kata





Monday, December 27, 2010

HARAP MAKLUM

BLOG MASIH DALAM PROSES MENAIK TARAF DAN PENGUBAH SUAIAN....


HARAP MAAF DI ATAS SEGALA KESULITAN


SEBARANG IDEA UNTUK OENAMBAH BAIKKAN AMAT DI HARGAI


TERIMA KASIH.....


SYUKRON JAZILAN.......

Thursday, August 12, 2010

Buat Teman Sejati

~ Ku lakar sebuah coretan berkisarkan SAHABAT SEJATI
~ Moga2 kita akan mempeoleh sedikit muhasabah dalam menjalinkan ukhuwah fillah...
~ Terimalah cerpen sederhana dari ana

Seorang posmen datang ke pintu pagar rumahku, lalu memberikanku sepucuk surat yang tidak pernah ku duga kedatangannya. Envelop itu aku buka perlahan-lahan, tersisip sebuah puisi yang bermadah indah kepadaku……

Wahai kekasih Agungku
Sudah kucuba menyelak hiba hijab
Yang terdinding diantara aku dan Engkau
Terasa hati kian merinduMu
Terasa memanggil diriku
Merembes air mata di tengah kegelapan malam
Mencari rahsia yang belum terungkap
Esok hari tercalit oleh tintaMu
Hari yang berkemungkinan ajal
Berhimpun di benakku
Tanpa memberi salam
Maka, hilanglah bebanan seratus abad
Wahai kekasih Agungku
Izinkan aku bertemu denganMu
Semoga Rihwan menyambut ‘kepulanganku’
Dengan nur sejahtera di sayapnya
Agar dapat ku tadah Agungnya kasihMu
Dalam benjana kasturi……….

Saudaramu,
Abu Rashid @ Caleopatra

Aku termenung jauh setelah membaca warkah daripadanya itu. Aku mengerti dengan balaghoh puisinya itu. Nampaknya ada kemajuan dari segi penggunaan bahasa balaghohnya. Kawan karibku di universiti dulu, sekarang berada di dalam keadaan yang tenat dan hampir menemui ajalnya. Aku terkenangkan kembali memori silam sewaktu aku bersamanya. Dia adalah sahabat yang paling setia kepada erti persahabatan dan juga saudara baru yang memeluk Islam melalui aku. Subhanallah. Meskipun berlainan agama (dulu) dan bangsa, dia tidak menghiraukan semuai itu demi membenarkan ukhuwah di antara kami terjalin erat. Aku pergi ke beranda sambil bersandar di tiang rumahku dan terkenang kembali peristiwa lampau yang kian mencurah-curah di benakku.

Kisah pertemuan kami bermula ketika aku mula-mula menginjakkan kaki ke Universiti Leiden di Holland. Aku takdirkan menyewa sebuah rumah yang sama dengan Caleoptra, anak jati british yang berasal dari England. Kami menuntut di universiti yang sama dan jurusan yang kami ambil juga sama. Ini amat menyenangkan ku kerana akan memudahkan ku untuk bergaul dengannya. Namun, pada minggu pertama aku disana berlalu dengan hambar, kerana kami bagaikan tidak kenal-mengenali di antara satu sama lain. Aku menegurnya pada minggu yang kedua dan disambut dengan mesra sekali. Rupa-rupanya dia juga berperasaan yang sama dengan aku. Dia sering bertanya kepadaku tentang agama yang aku anuti sekarang iaitu agama Islam.

Aku pun tidak ingin mengecewakannya dengan berlagak sombong kepada orang yang mungkin akan memeluk agama tauhid yang satu ini. Caleopatra sebenarnya pernah mengkaji dengan sedalam-dalamnya kitab Barnabas atau dengan nama lainnya ialah kitab Injil. Akan tetapi, dia tidak dapat menemui jawapan yang ingin diketahuinya iaitu apakah fungsi kita dihidupkan. Aku menerangkan kepadanya bahawa tujuan kita dihidupkan ialah mengabdikan diri kepada tuhan yang satu. Aku pun menerangkan apa dia tuhan yang satu. Namun, sebelum aku menerangkan lebih lanjut kepadanya, aku bertanya kepadanya apa yang dia tahu tentang tuhan. Dia menjawab tuhan adalah bapa kepada Jesus atau Nabi Isa di dalam kitab Barnabas. Akan tetapi mereka menyembah anak kepada tuhan iaitu Nabi Isa atau mereka gelar Jesus. Aku bertanyakan mengapa, namun dia mengatakan dia tidak tahu alasannya. Itulah yang dia cari-cari selama ini. Kemudian aku menerangkan secara ringkas kepadanya tentang tuhan agar dia mudah faham. Tuhan ialah tuhan yang satu, tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dia yang mencipta segala-galanya, tuhan yang merajai kerajaan langit dan bumi. Dia juga yang menghakimi hari akhirat. Beberapa minit selepas aku memberi penerang ringkas padanya, dia agak terkejut dan terpegun dengan kebesaran Allah yang Maha Esa. Allahu akhbar…

Dia juga bertanya kepadaku tentang kehairanannya mengenai perlakuanku yang bersolat 5 waktu sehari semalam. Aku menyedekahkan sebuah senyuman kepadanya sebabnya ku tahu apa yang berlegar di mindanya sewaktu mengutarakan soalan itu. Soalan ini pernah diajukan kepadaku dahulu oleh teman-teman non-muslim. Aku menerangkan bahawa dalam Islam, kami diperintahkan untuk bersolat 5 waktu sehari semalam. Ini berlainan dengan agama yang dia anuti kerana mereka hanya bersembahyang sehari sahaja iaitu pada hari minggu. Aku memberitahunya tentang hadis Rasulullah yang bermaksud “Rasulullah bertanya kepada para sahabat, “jika dihadapan rumah seseorang itu ada sebatang sungai, dan dia mandi di situ 5 kali sehari, adakah sebarang kotoran di badannya?” “Tidak ya Rasulullah” jawab para sahabat”. Ini membuktikan bahawa siapa yang bersolat 5 waktu sehari semalam dengan sempurna khusu’nya, wudu’nya, dan ruku’nya maka terhapuslah segala dosa-dosa kecil, selagi dia tidak melakukan dosa-dosa besar.

Setelah beberapa seketika, dia telah menonjolkan minat yang mendalam terhadap agama Islam. Dia ingin belajar tentang ilmu-ilmu yang merangkumi semua aspek di dalam agama Islam. Syukur aku adalah lepasan Sekolah Menengah Agama Islamiah di Tawau dahulu. Boleh juga aku menerangkan serba sedikit kepadanya tentang tauhid, feqah, akhlak dan sebagainya.Namun, belum tergerak hatinya untuk memeluk Islam. Aku sering ternanti-nanti bilakah masanya dia dikurniakan hidayah untuk memeluk agama Allah yang suci dan murni ini. Justeru, aku istiqamah mendoakannya agar dia termasuk dalam kalangan hamba-hamba Allah yang diturunkan hidayah nur iman itu. Aku juga memberitahunya bahawa agama Islam ini bukanlah agama paksaan. Penganutnya juga dimudahkan untuk bersolat, beribadat dan sebagainya. Tapi dengan alasan-alasan yang tertentu sahaja. Aku mengajarnya tentang ilmu mengenai Islam ini kerana aku pernah terbaca tentang kata-kata hikamah yang berbunyi “Seluruh umat manusia itu adalah mati, kecuali orang-orang yang berilmu pengetahuan. Semua orang yang berilmu pengetahuan itu adalah tidur, kecuali orang yang menyebarkan. Semua orang yang menyebarkan itu adalah terpedaya, kecuali orang-orang yang ikhlas dalam berbuat demikian”. Ayat ini membuktikan bahawa orang yang berilmu itu rugi kerana amal yang berterusan setelah kita mati adalah ilmu yang disampaikan dan diamalkan oleh orang lain.

Setelah bulan berganti bulan, musim bartukar musim, beberapa semester di universiti telah ditempuh, tibalah masanya semester yang terakhir. Aku semakin gelisah dan sedih kerana terpaksa berpisah dengan teman-teman sekuliah terutamanya sahabat sejatiku itu. Dia juga ada mengatakan bahawa dia merasa sedih yang teramat akan perpisahan ini. Di malam perpisahan itu, dia telah memberikan aku satu ‘hadiah’ yang cukup bernilai dan amat aku nantikan. Di hadapanku, dia telah mengucapkan dua kalimah syahadah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akhbar. Air mata kegembiraanku tumpah kerana aku teramat gembira sekali kerana akhirnya hidayah Allah itu miliknya jua untuk menjadi ‘saudara baru’ dalam agama Islam. Selepas aku sujud syukur, aku lantas memeluknya tanda ucapan ‘ahlan wasahlan ya sahabat’ kepadanya. Dia juga meminta nama baik-baik untuknya daripadaku. Aku memberikannya nama Abdul Rashid bin Abdullah. Aku mem’bin’kan dia dengan nama Abdullah kerana dia seorang anak yatim dan memang kebiasaan sebegitu untuk ‘saudara baru’ dalam agama Islam. Di tengah kegelapan malam itu, kami mendirikan solat tahajjud bersama-sama untuk membesarkan dan mengagungkan Allah Subhanahu wataala.

Setelah kembali ke tanah air masing-masing, kami sering berhubung menggunakan e-mail dan macam-macam alternatif perhubungan yang ada disediakan di internet sekarang yang begitu banyak bak ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Dia juga ada menyatakan bahawa keluarganya terkejut dengan anjakan paradigma yang telah melanda dirinya. Namun, syukur alhamdulillah langsung tiada penentangan dan dirinya langsung tidak dipulaukan kerana bagi mereka itu lebih baik kerana dia telah berubah dari seorang yang social menjadi seorang muslim yang sejati. Subhanallah. Kami mengekalkan persahabatan kami yang telah terjalin selama 3 tahun itu kerana ukhuwah yang terjalin tanpa ada maksud yang tersirat adalah ukhuwah yang terjalin kerana Allah. Persahabat yang mengharapkan keredhaan Allah dan mengabdikan diri kepadanya. Kami menjalinkan persahabat juga kerana ingin di hujani dengan limpah rahmat daripada Allah subhanallahu wataala.

Tiba-tiba aku tersedar dari lamunanku dengan bergemanya azan maghrib di masjid Al-Khautsar. Azan yang sayu itu membuatkanku tergesa-gesa mencapai kunci motorsikalku untuk bergegas ke masjid untuk bersolat berjemaah bersama-sama. Hal ini disebabkan solat berjemaah akan mendapat 27 kali ganda pahala daripada solat bersebdirian. Setelah selesai bersolat, aku membacakan Yasiin dengan meniatkannya untuk sahabat sejati ku supaya dia menjadi semakin sihat walafiat. Seterusnya, seperti kebiasaan akan aku baca al-Ma’thurat yang mana ku mengharapkan ukhuwah kami terjalin kukuh melalui doa Rabitah yang ada terkandung dihujungnya selain memohon perlindungan dari makhluk-makhluk Allah yang lain. Setelah seminggu berlalu, aku menerima e-mail yang berbunyi……


Assalamualaikum…

Ke hadapan sahabat sejatiku di dunia dan akhirat, insya Allah… Semoga kamu sekeluarga berada di dalam keadaan sihat walafiat dan berada di bawah naungan rahmat daripadaNya. Mungkin apabila engkau membaca e-mail aku ini, aku telah pun kembali ke rahmatullah….

Sahabatku,

Pertemuan denganmu memberi nostalgia silam yang tak akan aku lupakan selama-lamanya. Menjalinkan jambatan persahabatan denganmu membawa sinar baru ke dalam hidupku kerana kau telah membimbingku ke jalan yang benar. Syukur ya Allah. Aku amat berterima kasih kerana di beri peluang untuk dimasukkan nur keimanan dan ketaqwaan di dalam lubuk hatiku. Hati yang dahulunya tidak pernah tandus di dalam berbuat perkara-perkara maksiat kepada Allah. Kini, aku semakin berasa tenang di dalam meniti warna-warni kehidupan selepas bergelar muslim.


Berkat daripada tunjuk ajarmu, kebanyakkan kaum keluargaku disini telah memeluk agama Islam yang agung. Alhamdulillah. Mungkin ini adalah berkat doamu yang tak pernah kering daripadamu. Doa yang setulus dan semurni hatimu. Meskipun kaumkerabatku terkejut dengan perubahan yang amat ketara itu, namun mereka tetap menganggap aku sebagai ahli keluarga. Malah mereka menghormati pemakanan dan tatacara hidup baruku. Aku bersyukur sangat.

Sahabatku,

Nampaknya, sampai sini sahaja aku dapat menekan punat-punat komputer ini. Aku sudah tidak tahan lagi untuk menaip. Ingatlah pesanku yang terakhir ini, sebarkanlah ajaran agama Allah di muka bumi ini. Hal ini kerana setelah melihat berita semasa di kaca tv yang melibatkan umat Islam semakin hari semakin banyak umat islam yang terpesong daripada ajaran agama yang sebenar.

Akhir kalam, sambutlah salamku yag terakhir…
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatu…..
Takbir!!!!!!!Allahuakhbar!!!!!


Teman sejatimu,
Abdul Rasyid @ Caleopatra



Innalillahi wainna ilahi ra’jiun. Terima kasih sahabatku yang setia disampingku. Aku berharap kau tenang menghadapi saat-saat kematianmu. Aku doakan agar kau bahagia di sana. Kutitipkan doa buatnya “ Ya Allah, sahabatku penyejuk hatiku….Mesra kami penawar duka….Rindu kami menambah cinta…Rajuk kami membuah ceria….Ya Allah, silaturrahim kami, ukhuwah fillah, bermush kamina’uzubillah…Berpisah mati, insya Allah…Pengubat hati doa Rabitah…..Ya Allah, rahmati kami meniti usia…Terpisah kami di alam nyata…Temukan semula di Taman SyurgaMu….”. Ameen 3x.



Teman,
Dahulu, kitatelah bersua
Mencari warna seindah purnama
Ukhuwah yang abadi
Terjalin di antara kita
Bagaikan sebuah jambatan kepada dua buah pulau yang jauh
Pertalian antara sebuah pertemuan
Akrabnya persahabatan kita
Menjadi temu sebuah persaudaraan
Ranjau…onak…duri…dugaan
Kita tempuhi bersama…
Gelak…tawa…riang…ceria…
Sering menghias ruang bicara
Terserlah di sebalik wajah,
Kegembiraan dengan redhaNya,
Teman,
Memori semalam terimbau kembali
Persoalan terdetik di benkku
Kenapa kita bertemu dan akhirnya berpisah jua???
Kita harus akur kepada lumrah dunia
Setiap bermula, akan berakhir
Setiap yang bertemu akan berpisah
Kaulah sahabat sejatiku
Di dunia dan akhirat…..


“ Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baiknya dalam suka atau duka. Jika aku dapat,aku akan SETIA padanya”(kata-kata Imam Syafie)

Renungan Bersama



Berkata Abu Salamah, "Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam
mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari
Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada
Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat
berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad
s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau
menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika
berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan
ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi
seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil
tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari
beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah
rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah
di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak
lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau
di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan
qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti
diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada
waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di
merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah
terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk
solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air
utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu
beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa
seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak
mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,
beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit
yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya
Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau
ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd
Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke
dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah
pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin
kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2
ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin
Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya
dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau.
Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau
tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau
rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh
kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian,
Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. "
Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain
serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata
Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu
Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi"
(kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala;
"InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara
merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau
masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd
para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya
syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn
ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma
kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak
pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh
badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu,
beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu
beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku
tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda
Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat
tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau
katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg
hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin
Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang
daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w.
sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa'
ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan
Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2
sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut
perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg
cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk
membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah
Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada
masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada
makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan
terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk
dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau
berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat
Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang
diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup
berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah
pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi
taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup
mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak
je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah
mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis
bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para
sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah
Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda
mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali
lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah
menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku
yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat
mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk
Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaia n air mataku mengalir..daku rindu akan
dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman
benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum
ini..)

sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini
sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita
semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu' alam..(*_ *)

Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i'tibar, justeru,
ambillah pengajaran kisah ini.