Tuesday, August 23, 2011

Mana Mak???

jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.











Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

SILA KLIK BUTANG 'SHARE' SELEPAS MEMBACA






Saturday, May 7, 2011

ReNuNgAn DiRi Ini

Setelah aku di tembak dan di tikam, aku di humban pula ke dalam tab mandi... aku ingatkan segalanya selesai di situ. Namun sangkaan ku jauh meleset apabila sekali lagi tikaman pisau terbenam di pinggang ku...Lantas aku tersedar dari mimpi yang cukop mengerikan...

Bila tersedar seluruh tubuh badan ku menjadi lemah...aku mengigil terok walaupun 3 lapisan gebar meyelubungi tubuh ku... aku cuba mengagahkan diri mencapai handfone di kepala dan menghubungi ma yang sedang lena...jam menunjukan jam 4 pagi..pada pagi itu jugalah aku di kejarkan ke hospital yang mana 2 minggu aku bermaustatin....

Doktor mengesahkan aku demam yang terlampau...suhu 41 darjah...disahkan juga aku terkena jangkitan kuman dalam darah dan juga tonsilaitis yang memburukkan lagi keadaan.... saban hari ubat menjadi makanan tambahan...aku yang dah berisi pon di masukkan air betol sehari... santapan harian bubur nasi dan sayur air...

2 minggu dalam kesakitan membuatkan aku sedar betapa indahnya ujian Allah... dalam kesakitan aku belajar apa itu kesabaran... dalam kesakitan aku mengerti apa itu kasihnya Allah... dalam keperitan aku faham apa yang di katakan kafarah dari Allah...lantas aku memanjatkan kesyukuran pada ilahi...kerana masih aku berpeluang menghirup udara di bumi Allah...meneruskan langkah perjuangan ini...

Selang 2 bulan kemudian sekali lagi aku di kejarkan ke hospital kerana sakit yang sama...namun keadaan aku kali ini lebih teruk... sesekali oksigen di gunakan membantu aku bernafas...namun aku rheda atas segala yang menimpa...aku tak tahu kenapa bila dibenarkan keluar tempat yang mula-mula aku tuju adalaj ke tanah perkuburan....

Tapi setiap kali aku sakit malam sebelumnya pasti aku akan bermimpi di tikam atau di tembak...pernah sekali aku bermimpi melihat kemalangan dan mangsa yang meninggal adalah aku...dan keesokkan ya sekali lagi aku ke hospital dengan keadaan yang lebih terok....

bermula feb 2007,april 07, jun 07, jan 09... hari tersebut akan aku ingati kerana hari itulah aku di masokkan ke wad....

Namun aku risau dgn keadaan sekarang.... selalu sakit pada dada, batok berterusan, pernafasan terganggu....walau apa pun aku redha ujian ilahi kerana mungkin itu yang terbaik tuk ku...mungkin Allah mau ingatkan yang aku akan mati...hanya waktu yang menentukan...

Jika mata ini terpejam... teruskanlah perjuangan diri ku... teruska lah cita-cita ku... gapailah impian ku... sambunglah rantai perjuangan ku... aku hanya mampu mendoakan agar kalian bahagia...

Sungguh aku tidak mengerti kenapa aku mencoret semua ini.... tapi yang aku pasti aku tetap akan pergi...hanya masa menentukan...namun selagi hayat masih ada, akan ku terus berjuang hingga sayhid di medan pertempuran...

Aku sayang kan mu wahai sahabat... Aku sayangkan kalian keluarga ku... namun hanya Allah maha mengetahui....

aku akan teruskan pengembaraan di bumi asing hingga perjuangan ku terhenti bersama nyawa dan langkah ku....



1.07 pagi
7 may 2011
kuala besut

Wednesday, April 27, 2011

Kenangan Semalam

SEMALAM ADALAH SEMALAM...HARI INI ADALAH REALITI...

ungkapan yang sering kedengaran untuk menaikkan semangat agar mereka yang jatuh tidak menoleh kebelakang... tapi bagi aku, kenangan semalam adalah pencetus semangat... kenangan semalam banyak mengajar... kenangan semalam banyak ertinya.... kenangan semalam pencetus cahaya sanubari...

Aku lebih suka belajar dari kenangan semalam... dari menadah kitab atau mendengar celotehan orang.... kerana bagi aku, kenangan semalam adalah pengalaman... pengalaman yang merupakan "sifu" terbaik dalam diri ini.... kerana pahitnya pengalaman aku menjadi aku... kerana sakitnya kenangan lahir jiwa ini.... kerana manisnya kenangan ia terus terpahat di hatiiii....

Ya, kenangan semalam... memoir penuh indah walaupun pahit mendatang... pelbagai kenangan telah ku rasa... sedeh, kecewa, marah, gembira, sayu, pilu...itu semua menjadi warna hidup yang melahirkan aku....

Sekarang aku sedar betapa Allah sayangkan hambanya... setiap kenangan semalam walau betapa gelapnya jalan di lalui, walau sakitnya jiwa meronta mengharapkan pertolongan...namun ia terselit seribu kemanisan... manis yang takkan ada yang dapat merasanya melainkan mereka yang memandu diri dengan akal...bukan dengan hati...

aku pernah kecewa dalam hidup.... aku pernah menangis kerana perempuan yang belum tentu hak ku.... aku pernah terseksa kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti... namun aku tahu, Allah takkan beri pengalaman jika ia tidak ada manfaatnya...lalu aku cuba berfikir menjangkaui pemikiran logik... lantas aku menyedari, betapa Allah sayangkan aku dengan mengajar aku erti sebenar cinta, mengajar aku erti sebenar sebuah kehidupan, mengajar aku untuk mengenal destinasi cinta impian.... semua itu di ajar melalui pengalaman...kerana itu beruntunglah mereka yang selalu di uji, kerana di situ terletak kasih saynag Allah....

kenangan semalam di mrsm kota putra... tempat yang meniggalkan seribu kenangan... sejuta kisah di sebalik wajah-wajah yang membentuk imej mrsm kota putra....di sini lah aku belajar berdikari setelah terjadi masalah yang betol-betol menduga jiwa...mengongcangkan sanubari... mengentarkan segenap tubuh ku... di sini aku mengenal erti sebuah persahabatan.... di sini aku mengenal apa itu pengkhianatan... di sini aku mengerti apa yang di katakan kawan makan kawan...namun aku pasrah, kerana aku yakin semua itu kasih sayang Allah pada ku... di situ lah aku bangkit, belajar mencekalkan hati, belajar bagaimana untuk menghargai hidupnya insan, aku belajar untuk bangkit dari kegagalan, aku belajar untuk terus menapak dilorong kehidupan...

aku rindukan kenangan semalam... aku rindukan saat persekolahan... aku rindukan zaman itu...


aku dah tak mampu meneruskan tinta ini... mungkin kerana kepenatan yang melampau....walau apa pun akan aku kembali meneruskan kembali kisah kenangan semalam, jiwa aku meronta ingin di tintakan segala kenangan semalam...namun badan aku menyerah kepenatan....InsyaAllah jika aku masih di berikan umo yang panjang akan aku meneruskan tinta ini....

Assalamualaikum



3.34 pagi
27 april 2011
Pondok Pengawal MRSM KOTA PUTRA

Friday, April 22, 2011

SekAdAr CoReTaN

aku tak tahu kenapa malam nie aku gagal melelapkan mata... hati aku seperti kesedihan...namun aku xhelas apa sebenarnya badai yang melanda jiwa... jam laptop menunjukkan pukul 5.21 pagi... dingin dan begitu sunyi suasana di Kuala Besut... ayam berkokok menjadi irama di pagi hari... terdengar sayup alunan ayat suci Al-quran dari masjid berdekatan...begitu indah bahasa kalamullah... tanpa aku sedari hati aku tiba-tiba sayu.... mungkin sayu apa bila kenangan silam di imbau kembali.... bertemankan alunan suci ayat Allah, lantas meniupkan kembali layar keinsafan yang selama ini hilang mata angin nya untuk berlayar kepelabuhan mencari siapakah diri ini... destinasi yang di cari sebenarnya sudah terlalu hampir, akan tetapi ia kelam kerana kelalaian diri ini...

begitu banyak persoalan dari jawapan yang melanda benak fikiran... namun, aku yakin...segalanya hanya mempunyai 1 jawapan...iaitu kembali meneruskan pelayaran mncari destinasi cinta... cinta manusia???bukan... ternyata bukan....tapi cinta ilahi yang kian hilang manisnya dalam diri ini...

aku ingin kmbali seperti waktu kecil... berbasikal berinringan bersama atok ku menuju ke masjid... berebut mic dengan tok bilal semata-mata tuk melaungkan azan... aku rindukan khairul azham yang 1 ketika dulu jiwanya penuh tekad, di bakar semangatnya dengan janji-janji Allah...

aku inginkan roh azham yang dulu, roh yang pernah memimpin jasad ini memimpin sahabat dan teman... aku rindukan azham yang ketika matanya begitu bersinar takala dia ajar pendidikan islam... aku rindu kan azham yang 1 ketika dulu begitu membuak-buak semangat syahid dikala nenek nya menceritakan kisah perjuangan nabi dan para sahabat...

azham yang dulu masih belum mati....azham yang dulu akan bangkit kembali....azham yang dulu akan kembali memimpin jasad ini....azham yang dulu akan kembali membakar api perjuangan...

ada yang berkata perkara yang berlalu biarkan ia terus pergi...lupt dari memori....tapi, ada ketika kita perlu membawa kembali hakikat kehidupan dulu kedunia yang nyata... agar layar keinsafan yang kembali di tiup angin keimanan tahu mana arah yang perlu dituju dalam mencari destinasi impian....

aku sedar...hanya sekadar mencoret tapi tiada usaha tidak akan merubah apa-apa....

"ya...aku akan bangkit...ya....aku akan teruskan langkah ku"

kerana aku begitu merindui azham yang 1 ketika pernah melangkah penuh gagah dengah langkah para syuhada menuju medan peruangan....

ya....aku akan berusaha ke arah itu....aku tidak berubah kerana manusia....aku tidak berubah kerana takotkan neraka....aku tidak berubah kerana ingin kan syurga....aku juga tidak berubah kerana diri ku...tetapi aku inginkan perubahan kerana Allah S.W.T ....

telah lama aku terpenjara...mencari makna cinta...dalam ungkap kata yang bersulamkan dusta... namun aku yakin, bila gerbang rahmat terbuka akan menjelma cinta suci yang selembut dan setulus sutera kasih...

aku tidak ingin berhenti menapak di lorong kehidupan hanya kerana tidak pasti arah yang ingin aku tuju... kerana destinasi yang aku cari telah terlalu hampr....harus aku berusaha mengapainya...

dan apa yang pasti... kapal yang berlayarkan keinsafan itu tidak ku seorang diri akan meredah lautan badai menaikinya... akan ku bawa saudara seangkatan ku bersama-sama menuju destinasi itu....


InsyaAllah....








22 april 2011
5.21 pagi
Kuala Besut

Tuesday, March 29, 2011

Di SeBaLiK TiRaI BeSi PuSpEn

sudah lama aku tak mengerakkan jari jemari ini untuk kembali menulis tinta di blog... entah kenapa malam ni aku teringat segala pengalaman yang aku peroleh si PUSPEN... aku teringat lagi pada beberapa wajah penghuni puspen...

ada di antara mereka yang pernah bergelar ustaz....ada bekas guru...ada bekas lawyer...ada bekas jurutera dan tidak kurang ada juga bekas lepasan U.... sesekali aku rasa sedeh mengenangkan nasib mereka... mengenangkan ujian yang mereka hadapi...penghinaan dari dunia luar...selalu aku bertanya pada diri sendiri...

"kenapa perlu di sisihkan dan di diskriminasi oleh masyarakat???"

"adakah sudah sempurna diri mereka yang menghina mereka yang tersilap jalan ini????"

kekadang aku tidak bersetuju dengan beberapa tangapan masyarakat...kerana itu akn lebih menggalakkan penagihan berlaku....pernah ada seorang penghuni menceritakan penglamannya...

"saya sebenarnya dah 3 tahun cik berhenti menagih...."

"kalau dah 3 tahun kenapa awk boleh terjebak balik???"

"semuanya kerana masyarakat cik... kenapa perlu mereka terlampau berprasangka pd saya? kenapa perlu mereka sishkan saya? kenapa perlu mereka menghina saya?...apa kah diri mereka itu tuhan yang boleh menghukum orang sesuka hati? apa kah orang mcm msy nie xde perasaan cik??"

aku terpaku mendengar soklan yang bertubi-tubi menyerang....lalu aku tenangkan dulu dirinya dan minta penghuni tersbut menceritakan apa yang terjadi....

"cik, penah semasa sy hadir kerumah jiran yang membuat kenduri...saya tolong basuh pingan...masa tu ada sorang budak dtg tolong sy, tak lama kemudian ada 1 suara lantang memekik...."

"adik...ko buat apa kat org tu? ko jangan duduk rapat dengan orang tu... ko nak jadi mcm dia ke?? ko pun jangan nak pengaruh anak aku jd penagih mcm ko..." pekik makcik yam (bkan nama sebenar)

aku hampir kelu lidah mendengar apa yang di ceritakan...aku sangkakan hanya itu cerita yg terpendam...namun sangkaan aku meleset bila di meneruskan bicara...

"cik... bila saya ke surau orang menuduh saya curi kasut selipar....bila saya ke rumah sedara mara ada yang trus tarik handbag dan barang2 lain simpan...hati mane yang xterasa cik...bila dh keadaan mcm tu hnya ada rakan2 lama di lorong gelap yg mendampingi....entah la cik....saya impikan sebuah kehidupan yang indah...membina keluarga....membina diri saya semula...tapi jika itu yang saya hadapi apa lagi yang boleh saya buat cik...."

disaat tu aku kembali teringat kelas psikologi soial En.Saupi.... dalam salah 1 teori psikologi sosial ada mengatakan bila orang asyik mengatakan perihal negatif atau menuduh seseorang maka kemungkinan besar orang tesebut akan melakukan apa yang di perkatakan....

seperti contoh...jika kita menuduh seseorang itu mencuri walhal orang tersebut tidak melakukan perkara demikian... lama kelamaan orang tersebut akan mencuri kerana bosan dikataan pencuri..."dari orang dok tuduh baik aku buat betol2"....

itulah manusia... kadang-kadang kita lupa bahawa setiap manusia tidak lari dari melakukan kesalahan... Allah sendiri membuka seluas2 jalan untuk umatnya seandainya umat manusia itu bertaubat...tetapi di situlah syaitan memainkan peranan... agar umat islam bertelingkah sesama sendiri...menanam sifat prajudis dan hasad dengki....

malam semakin mencengkam jiwa...mengulit mata...xmampu lagi aku meneruskan tinta ini....

insyaAllah akn ku sambung tinta ini di lain waktu....

p/s- penat...tengah bertugas kt blik gerakan RES-Q 999