Tuesday, December 8, 2009

Janji Tuhan Pasti Berlaku (mati itu pasti)

Allah itu Maha Berkuasa.. tak mustahil.. boleh je Allah nk buat.. mati masa makan, mati masa tidur, mati masa ketawa, mati masa bersembang, mati masa membaca, mati masa menulis, mati masa ber”sms”, mati masa berchatting.. Alhamdulillah, kalau masa mati time tu..kte tgh buat kebaikan… alhamdulillah..

mkn: ikut tertib dan sunnah Rasul, mkanan yg halal..
tidur: yg didahului doa.. lelapnya dengan selawat pada Nabi..Subhanallah..
ketawa: yang berpada2.. alhamdulillah..
sembang: pasal kebaikan, pasal agama, psl pelajaran.. alhamdulillah..
baca buku2: yg berfaedah, buku pelajaran, buku2 agama, isu-isu semasa..buku2 yg boleh dijadikan teladan dan mencerna pemikiran.. dimulai dgn doa dan penuh harap pada barakah Allah..alhamdulillah….
tulis: yg bermanfaat.. untuk mengingatkan diri, menyedarkan semua..alhamdulillah..
sms: atas dasar mengeratkan ukhuwah Islamiyah..alhamdulillah..
berchatting: ttg perkara yg berfaedah, peringatan buat sahabat2..alhamdulillah..

alhamdulillah.. moga matiku dalam iman.. moga kuburku dihias bau jannah.. moga Allah redhai diriku. dan ampuni aku.. aku inginkan redha, ihsan dan JannahNya…
Tapi, kalau mati..masa tu tgh..

mkn: tercekik sebab gelojoh? makan yg bukan ikut tertib Islam..makan bertemankan syaitan? na’uzubillah…
tidur: yg b4 tidurnya rindukan kekasih hati? jumpa dalam mimpi ye, sayang..…. huhu..doa, selawat.. sume xde.. na’uzubillah…
ketawa: mati sebab sesak nafas ketawa terbahak2? ketawa sebab gelakkan org pulak tu? na’uzubillah…
sembang: mati time tgh sembang pasal org? mgumpat sana mengumpat sini? bercerita yg bukan2 untuk mengaibkan org malah saudara sendiri? na’uzubillah…
membaca: mati baca buku yang ntah apa2..yg xberfaedah, yg membuang masa.. yg membawa keburukan pada diri sendiri..na’uzubillah…
menulis: mati time tgh tulis surat cinta pada kekasih.. xpun surat warning atau surat layang yg berniat merosakkan org? na’uzubillah..
bersms: mati tgh nak tekan send, tak pun, tengah tersenyum baca sms dari yang tersayang.. yg tersayang yg tak halal.. huhu.. sms i love u, i syg u, i rindu u, i nk peluk u? huhu… tak pun sms mengutuk org..mencaci, menghina.. menyakitkan hati org.. na’uzubillah..
berchatting: dgn kekasih hati.. chatting2 yg.. ntah.. (tepuk dada tanya iman..hati sendiri lebih tau niat mana yg baik..niat cmne yg buruk) na’uzubillah… na’uzubillah..

jauhi matiku dalam aib..
jauhi kuburku dihias busuk dan bahang neraka..
moga Allah redhai aku..dan ampuni aku.. aku inginkan redha,
ihsan dan JannahNya.. moga dijauhi dari neraka..
Tapi, kan kita xboleh pilih time macamana kita nk mati?
ye..mmg doa..doa..doa.. moga Allah kabulkan..
tapi, kalau kita susun jadual hayat kita dgn kebaikan..
itukan usaha yg lebih baik? hayat yg 100% ibadah..
hayat yg 100% Allah redha.. Subhanallah..
aku cita-citakan itu, yaAllah..

“Inna solati..wanusuki, wa mahyaya..wamamati.. LillahiRabbil’alamin”
Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku.. hanyalah kerana Allah
Amin..amin..amin…

Moga aku terus sedar.. Moga aku terus bertaubat..
Moga aku sedar tanpa perlu tunggu video klip org
tgh mati send sms cinta, video klip org mati tgh mengumpat,
org mati tengah tercekik makan! sedarlah wahai diri milik
Kekasih.. sedarlah wahai diri milik Allah… Kutahu..
kauimpikan Jannah.. Jannah.. Jannah…
Moga aku mati dlm tgh beramal, dlm cintaku
menggunung pada Allah.. bukan tika bermaksiat,
dlm cinta nafsu tak halal yg menggunung-gunung!
Na’uzubillah.. Moga hatiku berada dilandasan yg
Allah perintahkan. Selama-lamanya. Duhai hati..
Moga kujagamu sebaiknya..
Moga amal seiring kata.


amin.amin.amin.

Monday, December 7, 2009

Kemalangan di KBMAL.... Ajal itu bila-bila masa sahaja

"abg khai,KBMALL runtuh..30 org mati". Itulah kata2 dari sorang juniorku semasa kami lepak2 di pntai smbail bersantai...berdiri bulu roma..ingtkan bdk jnior tipu...tp lpas tu kazen ku send msg..

"ae,tau x lg KBMALL rntuh???".

berderau darah aku..bermacam2 cerita yg aku dgr...xlama lpas tu tibe2 aku terlihat helikopter penyelamat lalu..mkin bertambah kerisauan dihati....akhirnyer aku ambik keputusan hubungi bilik gerakan pertahanan awam dn tnya bos aku ttg crite sebenar...lpas tu la bru rs lega ht nie....inilah cerita sebenar...

Berita Kosmo Online

Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota Bharu

ORANG ramai turut membantu Rashidah yang parah akibat terkena serpihan bangunan di KB Mall, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku.

Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan ‘terjunam dari langit’ terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.



Dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri itu, belum sempat membeli barang keperluan, dua sahabat menemui ajal di dalam kompleks di Jalan Sultan Ibrahim di sini itu apabila sebuah kereta tiba-tiba terjunam dari tingkat tiga kompleks tersebut semalam.

Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini.

Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Felda Chiku, Gua Musang maut ketika berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman, 18, Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menuju ke atas dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat tiga (atas sekali) bangunan itu dikatakan telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat dua yang dipenuhi pengunjung.

LUBANG yang terbentuk selepas sebuah kereta terjunam ke bawah dari tempat letak kereta di tingkat tiga dalam kejadian menggerunkan di pusat membeli-belah KB Mall, Kota Bharu semalam.


Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian.

Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.




Sama-sama kita sedekahkan Al fatihah pd mangsa yg terlibat

Al fatihah




Di harap agar kemalangan ini tolong lah jangan di politikkan...sama-samalah kiter berfikir...ndai ada sanak saudara anda terlibat dgn kemalangan sedemikian..adakah anda boleh tenang dgn pelbagai spekulasi dn juga dgn tindakan segelintir pihak yg mahu politikkan perkara ini???

musabah lah diri kiter...mungkin giliran kita selepas ini...

wallahualam....


Saturday, December 5, 2009

CIVIL DEFENSE MALAYSIA

Perasmian Bangunan Pertahanan Awam Oleh Pesuruhjaya Tinggi British Jeneral Sir Gerald Templer

SEJARAH Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) melangkau tempoh 70 tahun apabila dimulakan Kerajaan British pada 1939 sebagai persiapan menghadapi Perang Dunia Kedua sebelum Ordinan Pertahanan Awam digubal menjadi undang-undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu pada 1951.
Pada hari ini 06.09.1952, Bangunan Jabatan Pertahanan Awam di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Jeneral Sir Gerald Templer. Bangunan i

tu dirasmikan berikutan penubuhan Jabatan Pertahanan Awam pada 24 Mac 1952 di bawah Ordinan Pertahanan Awam No. 28 tahun 1952.
Setahun kemudian, Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan ordinan, manakala pada 1957, Ordinan Pertahanan Awam 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan negara.

Fungsi Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Perse

kutuan sehingga diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia - Indonesia pada 1964.

Tahun berikutnya, jumlah keanggotaan ditambah menjadi 36,000 orang dengan 37 cawangan, selain kelengkapan logistik terbaru dan pada 1970 pula, satu kerahan tenaga anggota seluruh negara dibuat berikutan bencana banjir besar yang melanda.


Bagi membolehkan anggotanya berfungsi dengan lebih meluas, Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda pada 1972 yang membolehkan jabatan itu melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan.


Antara peristiwa penting membabitkan penggunaan tenaga anggota jabatan terbabit ialah tragedi Highlands Towers runtuh pada 1993 yang membawa kepada pengenalan nama ringkasnya sebagai JPA3 pada 1994 untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Penerbangan Awam.

Tahun lalu, JPA3 memperkenalkan slogan `Sedia, Pantas dan Berintegriti' - sebagai pemangkin yang menjadikan JPA3 ditadbir di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) sejak 2004 sebagai sebuah jabatan yang unggul.


Selaras fungsinya membantu menjaga negara dalam masa aman, peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil langkah menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam, JPA3 sememangnya amat penting kepada negara.

Dengan uniform yang segak, pasukan itu semakin mendapat perhatian masyarakat, terutama golongan muda yang mula menyertainya, sama ada secara sepenuh masa atau sebagai sukarelawan.

Selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, khidmat JPA3 bukan saja masih diperlukan, malah semakin penting.
Pada masa ini, katanya, jumlah keanggotaan tetap dan sukarelawan JPA3 mencecah kira-kira 58,000 orang, tetapi masih tidak mencukupi untuk digerakkan sepenuhnya bagi membantu negara berdepan ancaman seperti banjir.

TAKRIF PERTAHANAN AWAM

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.

SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepa

s sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

VISI
Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.


MISI
Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.

OBJEKTIF
Mengurangkan Risiko Akibat Bencana:-
» Latihan kepada Orang Awam
» Sistem Amaran Bencana
» Pusat-pusat Perlindungan


Respond Kepada Bencana :-
» Menubuhkan Pasukan-pasukan (First Responder)
» Perkhidmatan Kecemasan

Pemulihan.
» Pembersihan
» Pembangunan Semula
» Kaunseling


FUNGSI

Menubuh, mengurus dan menyenggara Angkatan Pertahanan Awam.

Merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan Bencana dan Kecemasan kepada orang awam.

Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.


Menyedia, mengurus dan menyenggara Pusat-pusat Pemindahan dan Sistem Amaran Bencana dan Keselamatan.

Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.


FOKUS STRATEGIK
Meningkat dan memperluas perkhidmatan kecemasan yang cekap, berkesan dan profesional.

Meningkat dan memperluas kerjasama dengan Agensi-agensi Kerajaan, Swasta, NGO, Kepimpinan Peringkat Negeri, Daerah dan Institusi-institusi Latihan dalam program-program Pertahanan Awam.

Mewujudkan program-program latihan yang seragam dan diiktiraf.


Mengadakan program-program latihan Pertahanan Awam yang berterusan kepada Anggota Angkatan Pertahanan Awam.

Mewujudkan sekumpulan jurulatih profesional yang mempunyai kemahiran-kemahiran khusus dalam pengurusan bencana (Menyelamat, Paramedik, Kebombaan dan Akuatik).

Merancang dan membina pejabat-pejabat baru di tempat yang strategik supaya perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.


Meningkatkan penggunaan ICT dalam Pengurusan Angkatan dan Bencana.

Mempromosikan Pertahanan Awam melalui media elektronik, media cetak dan aktiviti-aktiviti pertahanan awam bersama masyarakat.

Memperluas Perkhidmatan Pertahanan Awam daripada semasa kepada sebelum dan selepas bencana.


Melibatkan pegawai tetap dan anggota sukarela di dalam setiap aktiviti Pertahanan Awam.

MOTTO
SEDIA PANTAS BERINTEGRITI

NILAI DAN TERAS
Cekap dan Tepat

Berdisiplin dan Bertanggungjawab


Kerja Berpasukan/Angkatan

Berkhidmat Dengan Ikhlas

Tuesday, December 1, 2009

ADAKAH AKU LELAKI SOLEH ITU?????

ASSALAMUALAIKUM.....
MUHASABAHLAH DIRI ANDA!!!


Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin),bersih dari segi zahir dan batinnya,mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada ALLAH S.W.T. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja.



esolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adaklah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.

TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna,maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja.Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan,barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata.Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua.Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan,tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRETERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN
DAN AL HADIS

1. Sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasullulah S.A.W.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah S.W.T.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian ALLAH S.W.T dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah S.W.T
12.Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13.Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15.Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
16.Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia,sentiasa saling
koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah S.W.T
17.kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga."

adakah diri kiter trgolong dalam golongan lelaki soleh??sama-samalah kiter renungkan kembali segala sumbangan kiter dan segala amal jariah kiter...semoga kiter sumea menjadi sebaik-baik umat