Monday, December 7, 2009

Kemalangan di KBMAL.... Ajal itu bila-bila masa sahaja

"abg khai,KBMALL runtuh..30 org mati". Itulah kata2 dari sorang juniorku semasa kami lepak2 di pntai smbail bersantai...berdiri bulu roma..ingtkan bdk jnior tipu...tp lpas tu kazen ku send msg..

"ae,tau x lg KBMALL rntuh???".

berderau darah aku..bermacam2 cerita yg aku dgr...xlama lpas tu tibe2 aku terlihat helikopter penyelamat lalu..mkin bertambah kerisauan dihati....akhirnyer aku ambik keputusan hubungi bilik gerakan pertahanan awam dn tnya bos aku ttg crite sebenar...lpas tu la bru rs lega ht nie....inilah cerita sebenar...

Berita Kosmo Online

Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota Bharu

ORANG ramai turut membantu Rashidah yang parah akibat terkena serpihan bangunan di KB Mall, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku.

Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan ‘terjunam dari langit’ terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.



Dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri itu, belum sempat membeli barang keperluan, dua sahabat menemui ajal di dalam kompleks di Jalan Sultan Ibrahim di sini itu apabila sebuah kereta tiba-tiba terjunam dari tingkat tiga kompleks tersebut semalam.

Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini.

Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Felda Chiku, Gua Musang maut ketika berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman, 18, Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menuju ke atas dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat tiga (atas sekali) bangunan itu dikatakan telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat dua yang dipenuhi pengunjung.

LUBANG yang terbentuk selepas sebuah kereta terjunam ke bawah dari tempat letak kereta di tingkat tiga dalam kejadian menggerunkan di pusat membeli-belah KB Mall, Kota Bharu semalam.


Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian.

Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.




Sama-sama kita sedekahkan Al fatihah pd mangsa yg terlibat

Al fatihah




Di harap agar kemalangan ini tolong lah jangan di politikkan...sama-samalah kiter berfikir...ndai ada sanak saudara anda terlibat dgn kemalangan sedemikian..adakah anda boleh tenang dgn pelbagai spekulasi dn juga dgn tindakan segelintir pihak yg mahu politikkan perkara ini???

musabah lah diri kiter...mungkin giliran kita selepas ini...

wallahualam....


0 comments:

Post a Comment